Wednesday, February 21, 2007

La Taghdab!

[Jangan Marah!]

Ashhaduan laa illaha illallah, wa ashhaduana Muhammadur Rasulullah

Dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya seorang lelaki telah berjumpa Nabi S.A.W: Berilah wasiat kepada ku. Sahut Nabi S.A.W: Jangan kamu marah! Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah. (Hadith Riwayat Bukhari)

Bila saya menonton Berita Perdana di TV1 baru-baru ini, terlihat-lah saya mengenai isu Rufaqa di kaca TV. Bekas-bekas Arqam kebelakangan ini telah bersekong-kong untuk adakan perjumpaan dengan pihak media untuk “mendedahkan” mengenai isu-isu lama dan isu-isu berkaitan dengan Rufaqa dan Al-Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad bin Idrus bin Ali bin Malik bin Abdul Kadir At Tamimi.

Muncul lah seorang bekas Arqam yang penuh marah, emosi dan egoistic memberi luahannya dihadapat camera selama lebih kurang 9 saat. Bila dilihat, teramatlah buruk sungguh peribadi beliau yang begitu marah dan sindiran dan tomahan terhadap Ustaz Ashaari dan syarikatnya. Setelah dinilai kata-katanya dengan Ilmu dan Hikmah, ternyata, ia adalah kata-kata emosi yang elok kita hindari. Buat malu sendiri sahaja di “National Television”. Nanti ALLAH malukan dia(penuduh) di depan “Televison” ALLAH di Akhirat kelak. Ia akan ditonton oleh seluruh manusia yang diciptakan ALLAH dari Nabi Adam A.S, sehinggahlah, insan terakhir sebelum Qiamah. Kita doa pada ALLAH akan Hidayah dan Taufik dari-Nya.

Daripada Abu Zarrin, bahawa dia telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa menuduh akan seorang lelaki dengan kekufuran dan dia telah berkata “musuh bagi ALLAH” melainkan kembali padanya.

Dia (penuduh) pernah menulis sebuah buku yang berjudul “Tersungkur di Pintu Syurga”. Pada penilaian saya mengenai pemilihan judul buku itu adalah pelik. Seorang teman saya pernah berkata, “...dah bagus tu dapat jejak sampai ke pintu Syurga dan tersungkur dihadapan-nya. Dibandingkan dengan segolongan manusia yang tidak akan bau haruman Syurga...”

Nak bau Jannah itu dah lah payah, ada riwayat mengatakan; bau haruman Jannah dapat di hidu dari ribuan tahun perjalanan di dunia, ini kes dah sampai pintu Syurga. Dah cukup ajaib.