Friday, May 11, 2007

الإنشقاق

هو إنستيكت الطبيعي (فيتراه) أو السلوك الطبيعي للبشرية ذلك كلّ رجل، ترغب كلّ قبيلة أو كلّ جنس وحدة وتضامن. لا رجل أو قبيلة أو إنشقاق أشباه جنس، خصوصا إذا مثل هذا الإنشقاق يمكن أن يؤدّي إلى العداوة والحرب.
يؤدّي الإنشقاق إلى العداوة وبعد ذلك إلى الحرب، تسود مشقّة إلى جميع الأطراف. العيش صعب للإرادة ل، سفر الرجلالرجل قلق بقدر تعلق الأمر بأمان. إمتلاك ليلة سعيدة نوم ترف كما واحد أبدا لا يعرف متى واحد ملكية تصبح هدف اللصوص وقتلة الجريمة الصعاب. باقون على قيد الحياة حرب قد يعطّلون بجدية ويعطّلون، يصبح غير منتج في التقدّم وتطوير الأمة.
الإنشقاق الذي قد يؤدّي إلى الحرب، سيؤدّي إلى الرجل يفقد حريته، معيشة في الخوف والقلق، يكون مكتئبة وقلقة عاطفيا. إنّ تأثيرات الإنشقاق شنيعة وهناك أخطار عظيمة ذلك رجل يجب أن يحمل، رجل الدمار والألم يجب أن يتحمّلا سيدومان لبضعة أجيال. لذلك، إنشقاق حقا عدو البشرية، السبب الذي أغلبية تمقت وتكرهها. رغبة الرجل الفطرية تريد عيش في سلام، لذلك المكان يحتوي سرّ السعادة والإنسجام الذي مشتاق إلى بكلّ البشرية بغض النظر عن اصولهم العرقية وجنسهم. السبب الذي كلّ شخص يرغب إتّحاد ومكاملة.

Tuesday, May 01, 2007

سيد و شريفه

Syed dan Syarifah
by: Sayyed Ba'Syaiban Alawi

Allah berfirman:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya." (Surah Al Hujaraat :13)


Manusia diciptakan oleh Allah untuk kenal satu sama lain, berlainan bangsa dan suku puak. Dan diantara mereka yang mulia disisi Tuhan, ialah mereka yang bertaqwa kepadaNya. Diantara makhluk Agung ciptaan-Nya ialah Nabi Muhammad s.a.w dari keturunan Baginda yang mulia dan terpilih.

Terdengar kita desas-desus mengenai keturunan segelintir masyarakat yang bergelar Syed bagi lelakinya dan Syarifah bagi wanitanya diperbincangkan. Bagiku, ia bukan lah masalah yang heboh sehingga terpaksa di‘publish’ kedalam blog. Tapi inilah pandanganku.

Ada beberapa masalah yang ditimbulkan:

1) adakah semua Syed dan Syarifah itu keturunan Ahlul Bayt (Keluarga Nabi s.a.w)?

2) hanya boleh nikah dengan Syed atau Syarifah sahaja?

3) Dan lain-lain lagi.

Pertama sekali, perlu diigat bahawa, TIDAK semua yang bernama Syed atau Syarifah itu dari Ahlul Bayt. Yang mengesahkan mereka ialah ahlul bayt, ialah nama keluarga mereka yang bersambung nasab hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. Kalau hendak aku menghuraikan dengan lebih “detail”, nanti jenuh orang baca. Dari itu, aku meringkaskannya.



Ada juag segelintir diantara mereka yang tidak menunaikan tuntutan dan kehendak Agama, itu aku tidak nafikan. Dari sini, adakah kita wajar mencerca mereka dan me-‘label’-kan mereka itu sesat dan sebagainya. Aku pernah berjumpa mereka yang bergelar “Syed dan Syarifah” tapi malangnya tidak berkelaluan Islami. Maka aku nasihat mereka sebagai sesama saudara, tamp membidas keturunannya. Seorang Ulama’ pernah aku ketemui mengatakan, kalau nak marahkan golongan ahlul bayt, biarlah berpada-pada, jangan kita menilai akhlak mereka dengan nasab keturunannya. Bila-bila masa sahaja, Allah beri mereka hidayah dan taufik kepada mereka. Oleh itu biarlah Allah sahaja yang menilainya baik buruk mereka. Yang penting, kita Khusnuzon (bersangka baik).

Yang penting, Ahlul Bayt yang tulen dan mengamalkan kehendak Agama dan berada dalam landasan yang lurus patut di patuhi, dicintai, dihormati dan diikuti. Ia kerana, keturunan mereka yang mulia. Bukan untuk bermegah-megah ataupun untuk riak dan berbangga dengan keturunan Baginda.

Walaupun ada mereka yang melanggar syariat agama, bukan ia bermakna kita mengkeji dan memperolok-olokkan nasab mereka. Kita wajar menasihati mereka seperti kaum muslimin yang lain. Dari itu, bagiku ia tiada masalah.

Mungkin dengan pengalaman pahit, sebagai orang ajam (bukan arab) untuk dijodohkan isteri yang bergelar Syarifah, mendapat tentangan yang hebat, yang pernah dialami dulu, ia meninggalkan kesan yang mendalam dalam lubuk hati kita dan kita merasa benci dan jijik bila dikenangkan peristiwa buruk itu. Walau bagaimana pun, perlulah kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin tiada jodoh bagi kita. Kalau hendak dipertahankan pendapat, maka bolehlah kita shed light to them. Tunjjukan mereka, mana yang hitam dan mana yang putih. Tapi, perlulah dengan berhikmah. Tidak semua yang bersifat bergini, mungkin mereka yang masih mempertahankan tradisi nenek moyang mereka.

Sabda RasuluLLAH s.a.w:

“Barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan, maka baginya balasan yang sama (banyaknya) dengan balasan-balasan yang diberikan kepada sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi balasan mereka itu walau sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka baginya dosa yang sama (banyaknya) dengan dosa-dosa yang dikenakan ke atas sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi dosa mereka itu walaupun sedikit pun”

Sabdanya lagi:

“Orang yang menunjuk kepada kebajikan sama (mendapat pahala) seperti orang yang melakukannya.”

Oleh itu, sesiapa yang menjadikan da’wah kepada kebajikan itu sebagai tujuan dan tugas, maka sebenarnya ia telah menerima sebahagian besar dari pesaka RasuluLLAH s.a.w. Dan ia telah mengikuti jalan yang ditunjuk oleh ALLAH ta’ala menurusi ayat berikut yang bermaksud:

“Katakanlah: inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu ke jalan ALLAH dengan pandangan yang terang. Maha Suci ALLAH, dan tiadalah aku tergolong orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).”(Surah Yusuf:108)

Moga-moga Allah memelihara kita dan Ahlul Bayt Baginda s.a.w yang mulai, supaya dijauhkan dari fitnah dan hasutan dunia. ALLAHu A’LAM.

p.s: dengan kebatasan waktu, tak dapat aku memperpanjangkan entry ini dengan hujjah-hujjah dan dalil-dalil untuk mereka yang jahil.... afwan.