Mengapa berkahwin?
Mengapa perlu menjadi suami isteri?
Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakan orang, jawapannya hampirsama sahaja
Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan tuntutan nalurisemulajadi
Atau hendak menunaikan tuntutan biologi, kalau tidaksepi atau tidak bahagia dalam hidup ini atau tidak ada hiburanKalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit dan bernilai murahan
Tujuan itu secara tidak disedari manusia telah menjatuhkan tarafdirinya kepada haiwan
Kerana haiwan berkahwin kerana bertujuan ini juga,sama-sama tidak ada cita-cita masa depan dan lebih global
Kalau itulah tujuan berkahwin itu sekiranya tujuan itu terbantut,ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal
Apabila ternafi atau terbatal, hilanglah bahagia, tidak adalahhiburan
Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin yang tidak diduga, setelah tua
Orang mukmin yang sejati, yang takut dan cintakan Tuhan faham maksudperkahwinan, berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global
Tujuan perkahwinan lebih jauh daripada yang dinyatakanInginkan mengikut Sunnah Nabi, menghiburkan Rasul, ingin mendapatzuriatyang banyak bertaqwa pula, dapat menyambung perjuangan ibu danayahnyaagar Islam terus bersambung
Ibu dan ayah dapat pahala hasil perjuangan anak-anaknya
Selain itu suami isteri ada kawan untuk berbincang tentang Tuhan,Islam,perjuangan Islam, tentang nasib umat IslamBerbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara
Orang yang menghayati apa yang telah disebut tadi ia adalah satuhiburan,kebahagiaan dan kepuasan
Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu sudah maklum terjadisendiribila rangsangan terjadi
Tapi itu bukan matlamat utama di dalam perkahwinan
Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu seperti yangdinyatakan
Orang yang berkahwin yang mempunyai cita-cita yang besarterlalu banyak hiburan sebagai suami isteri
Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam itu kebahagiaandan kepuasan, bahkan satu keindahan
Kalau naluri kurang dapat ditunaikan banyak lagi hiburan yang lainseperti yang telah disebutkan
Jadi kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada tuntutan nalurisahaja
Itu orang tidak ada cita-cita besar, orang yang tidak berpandanganjauhdaripada perkahwinan
Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat
Cakar harimau tidak payah diajar-ajarkan itu sangat memalukan
Oleh itu jangan dibesar-besarkan bukan itu matlamat perkahwinan
Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macam mana,bagaimana,
Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan
Padahal cita-cita perkahwinan di dalam Islam, cita-cita yang mahal,cita-cita yang murni, cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang
Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan
Orang yang bertaqwa itulah hiburan, itulah kepuasan, itulahkebahagiaan,itulah cita-cita umat Islam yang silam di dalam perkahwinan
Mari kita anjakkan paradigma kita tentang memahami perkahwinan
20.6.2004 – 2
Menjelang tidur