Saturday, August 25, 2007

Thursday, August 23, 2007

“To insult a Muslim is Corruption,
To Wage War on him is Disbelief”
[1]


Because of what we have just said, it is forbidden to harbor hatred for Muslim or to repudiate or boycott them. To insult is corruption and to wage war on them- with the claim that it is lawful to do so- is disbelief.

There was a story of Khalid ibn al-Walid (May ALLAH be pleased with him) and of his expedition to call the tribe of Bani Judhayma to Islam. When he reached there and asked them to become Muslim, they said, “We are Muslim already.” He told them to lay down their arms and dismount, but they said, “No, by God! All that could happen to us after laying down our arms is that we would be killed, for we do we not trust you and those who are with you.” “There will be no safety for you,” Khalid told them, “until you dismount”[2]


[1] Bukhari and Muslim
[2] Tirmidzi

Saturday, August 18, 2007

Tujuan Berkahwin


Mengapa berkahwin?

Mengapa perlu menjadi suami isteri?

Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakan orang, jawapannya hampirsama sahaja

Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan tuntutan nalurisemulajadi

Atau hendak menunaikan tuntutan biologi, kalau tidaksepi atau tidak bahagia dalam hidup ini atau tidak ada hiburanKalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit dan bernilai murahan

Tujuan itu secara tidak disedari manusia telah menjatuhkan tarafdirinya kepada haiwan

Kerana haiwan berkahwin kerana bertujuan ini juga,sama-sama tidak ada cita-cita masa depan dan lebih global

Kalau itulah tujuan berkahwin itu sekiranya tujuan itu terbantut,ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal

Apabila ternafi atau terbatal, hilanglah bahagia, tidak adalahhiburan

Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin yang tidak diduga, setelah tua

Orang mukmin yang sejati, yang takut dan cintakan Tuhan faham maksudperkahwinan, berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global

Tujuan perkahwinan lebih jauh daripada yang dinyatakanInginkan mengikut Sunnah Nabi, menghiburkan Rasul, ingin mendapatzuriatyang banyak bertaqwa pula, dapat menyambung perjuangan ibu danayahnyaagar Islam terus bersambung

Ibu dan ayah dapat pahala hasil perjuangan anak-anaknya

Selain itu suami isteri ada kawan untuk berbincang tentang Tuhan,Islam,perjuangan Islam, tentang nasib umat IslamBerbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara

Orang yang menghayati apa yang telah disebut tadi ia adalah satuhiburan,kebahagiaan dan kepuasan

Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu sudah maklum terjadisendiribila rangsangan terjadi

Tapi itu bukan matlamat utama di dalam perkahwinan

Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu seperti yangdinyatakan

Orang yang berkahwin yang mempunyai cita-cita yang besarterlalu banyak hiburan sebagai suami isteri

Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam itu kebahagiaandan kepuasan, bahkan satu keindahan

Kalau naluri kurang dapat ditunaikan banyak lagi hiburan yang lainseperti yang telah disebutkan

Jadi kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada tuntutan nalurisahaja

Itu orang tidak ada cita-cita besar, orang yang tidak berpandanganjauhdaripada perkahwinan

Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat

Cakar harimau tidak payah diajar-ajarkan itu sangat memalukan

Oleh itu jangan dibesar-besarkan bukan itu matlamat perkahwinan

Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macam mana,bagaimana,

Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan

Padahal cita-cita perkahwinan di dalam Islam, cita-cita yang mahal,cita-cita yang murni, cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang

Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan

Orang yang bertaqwa itulah hiburan, itulah kepuasan, itulahkebahagiaan,itulah cita-cita umat Islam yang silam di dalam perkahwinan

Mari kita anjakkan paradigma kita tentang memahami perkahwinan


20.6.2004 – 2

Menjelang tidur

Saturday, August 11, 2007

REfute..

Kebelakangan ini saya telah menjengok ke sebuah blog hasil dari beberapa orang yang memusuhi Abuya. Nampaknya mereka sekarang sudah ketandusan idea untuk mencemuh dan melontar segala fitnah yang baseless (la asla lahu) atau fakta ghayr sahih (yang tidak betul) atau ragu tentang kebenaranya. motto mereka ialah, "Kembalilah kepada Quraan dan Sunnah". sebenarnya mereka yang sepatutnya kembali kepada Quraan dan As-Sunnah dengan kefahaman yang benar.

Mereka suka sangat membid'ahkan orang lain. mereka layak dipanggil tabdi' (mereka yang suka membid'ahkan orang). mereka menggunakan kitab-kitab para ulama' Salaf untuk "membuktikan" yang Abuya itu dalam pihak yang salah. mereka juga mengambil ayat-ayat Quraan dan Hadith Syarif tapi ambil yang sesuai dengan hujjah mereka tapi tinggalkan dalil-dalil yang lain yang bercanggah dengan ideology mereka. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka dapat "menyakinkan" pembaca akan "hujjah". Mereka juga bukanlah mereka yang memahami Ilmu dari sudut Tasawuf dan amalan Sufi yang muhaqqiqi...

Maka kenyataan dan ulasan mereka tampa ilmu yang tepat. mereka ambil ayat secara zahiriah dan mereka suka memburuk sangka dengan Abuya dan anak-anak muridnya. Adakah mereka yang saya maksudkan ini golongan neo-Khawarij?? Moga-moga ALLAH melindungi kita dari fahama Khawarij zaman Modern ini.

Friday, May 11, 2007

الإنشقاق

هو إنستيكت الطبيعي (فيتراه) أو السلوك الطبيعي للبشرية ذلك كلّ رجل، ترغب كلّ قبيلة أو كلّ جنس وحدة وتضامن. لا رجل أو قبيلة أو إنشقاق أشباه جنس، خصوصا إذا مثل هذا الإنشقاق يمكن أن يؤدّي إلى العداوة والحرب.
يؤدّي الإنشقاق إلى العداوة وبعد ذلك إلى الحرب، تسود مشقّة إلى جميع الأطراف. العيش صعب للإرادة ل، سفر الرجلالرجل قلق بقدر تعلق الأمر بأمان. إمتلاك ليلة سعيدة نوم ترف كما واحد أبدا لا يعرف متى واحد ملكية تصبح هدف اللصوص وقتلة الجريمة الصعاب. باقون على قيد الحياة حرب قد يعطّلون بجدية ويعطّلون، يصبح غير منتج في التقدّم وتطوير الأمة.
الإنشقاق الذي قد يؤدّي إلى الحرب، سيؤدّي إلى الرجل يفقد حريته، معيشة في الخوف والقلق، يكون مكتئبة وقلقة عاطفيا. إنّ تأثيرات الإنشقاق شنيعة وهناك أخطار عظيمة ذلك رجل يجب أن يحمل، رجل الدمار والألم يجب أن يتحمّلا سيدومان لبضعة أجيال. لذلك، إنشقاق حقا عدو البشرية، السبب الذي أغلبية تمقت وتكرهها. رغبة الرجل الفطرية تريد عيش في سلام، لذلك المكان يحتوي سرّ السعادة والإنسجام الذي مشتاق إلى بكلّ البشرية بغض النظر عن اصولهم العرقية وجنسهم. السبب الذي كلّ شخص يرغب إتّحاد ومكاملة.

Tuesday, May 01, 2007

سيد و شريفه

Syed dan Syarifah
by: Sayyed Ba'Syaiban Alawi

Allah berfirman:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu,. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya." (Surah Al Hujaraat :13)


Manusia diciptakan oleh Allah untuk kenal satu sama lain, berlainan bangsa dan suku puak. Dan diantara mereka yang mulia disisi Tuhan, ialah mereka yang bertaqwa kepadaNya. Diantara makhluk Agung ciptaan-Nya ialah Nabi Muhammad s.a.w dari keturunan Baginda yang mulia dan terpilih.

Terdengar kita desas-desus mengenai keturunan segelintir masyarakat yang bergelar Syed bagi lelakinya dan Syarifah bagi wanitanya diperbincangkan. Bagiku, ia bukan lah masalah yang heboh sehingga terpaksa di‘publish’ kedalam blog. Tapi inilah pandanganku.

Ada beberapa masalah yang ditimbulkan:

1) adakah semua Syed dan Syarifah itu keturunan Ahlul Bayt (Keluarga Nabi s.a.w)?

2) hanya boleh nikah dengan Syed atau Syarifah sahaja?

3) Dan lain-lain lagi.

Pertama sekali, perlu diigat bahawa, TIDAK semua yang bernama Syed atau Syarifah itu dari Ahlul Bayt. Yang mengesahkan mereka ialah ahlul bayt, ialah nama keluarga mereka yang bersambung nasab hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. Kalau hendak aku menghuraikan dengan lebih “detail”, nanti jenuh orang baca. Dari itu, aku meringkaskannya.



Ada juag segelintir diantara mereka yang tidak menunaikan tuntutan dan kehendak Agama, itu aku tidak nafikan. Dari sini, adakah kita wajar mencerca mereka dan me-‘label’-kan mereka itu sesat dan sebagainya. Aku pernah berjumpa mereka yang bergelar “Syed dan Syarifah” tapi malangnya tidak berkelaluan Islami. Maka aku nasihat mereka sebagai sesama saudara, tamp membidas keturunannya. Seorang Ulama’ pernah aku ketemui mengatakan, kalau nak marahkan golongan ahlul bayt, biarlah berpada-pada, jangan kita menilai akhlak mereka dengan nasab keturunannya. Bila-bila masa sahaja, Allah beri mereka hidayah dan taufik kepada mereka. Oleh itu biarlah Allah sahaja yang menilainya baik buruk mereka. Yang penting, kita Khusnuzon (bersangka baik).

Yang penting, Ahlul Bayt yang tulen dan mengamalkan kehendak Agama dan berada dalam landasan yang lurus patut di patuhi, dicintai, dihormati dan diikuti. Ia kerana, keturunan mereka yang mulia. Bukan untuk bermegah-megah ataupun untuk riak dan berbangga dengan keturunan Baginda.

Walaupun ada mereka yang melanggar syariat agama, bukan ia bermakna kita mengkeji dan memperolok-olokkan nasab mereka. Kita wajar menasihati mereka seperti kaum muslimin yang lain. Dari itu, bagiku ia tiada masalah.

Mungkin dengan pengalaman pahit, sebagai orang ajam (bukan arab) untuk dijodohkan isteri yang bergelar Syarifah, mendapat tentangan yang hebat, yang pernah dialami dulu, ia meninggalkan kesan yang mendalam dalam lubuk hati kita dan kita merasa benci dan jijik bila dikenangkan peristiwa buruk itu. Walau bagaimana pun, perlulah kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin tiada jodoh bagi kita. Kalau hendak dipertahankan pendapat, maka bolehlah kita shed light to them. Tunjjukan mereka, mana yang hitam dan mana yang putih. Tapi, perlulah dengan berhikmah. Tidak semua yang bersifat bergini, mungkin mereka yang masih mempertahankan tradisi nenek moyang mereka.

Sabda RasuluLLAH s.a.w:

“Barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan, maka baginya balasan yang sama (banyaknya) dengan balasan-balasan yang diberikan kepada sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi balasan mereka itu walau sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka baginya dosa yang sama (banyaknya) dengan dosa-dosa yang dikenakan ke atas sesiapa yang mengikutinya, tidak dikurangi dosa mereka itu walaupun sedikit pun”

Sabdanya lagi:

“Orang yang menunjuk kepada kebajikan sama (mendapat pahala) seperti orang yang melakukannya.”

Oleh itu, sesiapa yang menjadikan da’wah kepada kebajikan itu sebagai tujuan dan tugas, maka sebenarnya ia telah menerima sebahagian besar dari pesaka RasuluLLAH s.a.w. Dan ia telah mengikuti jalan yang ditunjuk oleh ALLAH ta’ala menurusi ayat berikut yang bermaksud:

“Katakanlah: inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu ke jalan ALLAH dengan pandangan yang terang. Maha Suci ALLAH, dan tiadalah aku tergolong orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).”(Surah Yusuf:108)

Moga-moga Allah memelihara kita dan Ahlul Bayt Baginda s.a.w yang mulai, supaya dijauhkan dari fitnah dan hasutan dunia. ALLAHu A’LAM.

p.s: dengan kebatasan waktu, tak dapat aku memperpanjangkan entry ini dengan hujjah-hujjah dan dalil-dalil untuk mereka yang jahil.... afwan.

Friday, April 06, 2007

PENGHALANG TERJALINNYA KASIH SAYANG

Semua orang inginkan kasih sayang.Anak-anak suka kalau mereka dikasihi oleh ibu dan ayah.Isteri berbahagia jika mendapat pembelaan dari suami. Suami pula bangga mendapat layanan dari si isteri. Rakyat puas hati mendapat perhatian dari pemimpin. Tapi terbukti dalam kehidupan manusia hari ini,sudah tandus kasih sayang. Mana perginya kasih sayang?Apa yang menjadi penghalang dari terjalinnya kasih sayang?

Antara pekara-pekara yang menjadi penghalangnya Ialah :

1) Sifat-sifat mazmumah: Misalnya sombong, membesar-besarkan diri di depan orang lain. susah untuk bermesra, tidak merendah diri kagum dengan kebolehan diri sendiri dan berbagai sifat mazmumah lain mendorong dirinya untuk berkrisis dengan orang lain.Dia susah menerima pandangan orang atau susah untuk mengalah. Sifat yang ada pada dirinya menghalang orang untuk menyayangi seterusnya menyukai dirinya. Malah menyebabkan orang semakin benci padanya.

2) Kasih sayang tidak dapat disuburkan kerana kejahilan. Masing-masing tidak tahu pentingnya kasih sayang disuburkan dan tidak tahu bagaimana cara memberi kasih sayang tersebut. Anak-anak meninggi suara bila bercakap dengan ibu dan ayah. Ayah dan ibu pula suka berleter dan berkasar dengan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga anak murid tidak pandai menghormati guru sementara guru tidak pandai mengambil hati anak muridnya.

3) Tidak sabar dengan ragam kawan-kawan.Semasa berkawan tentu ada kesilapan sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja dilakukan oleh kawan-kawan, .. Kalau kita benar-benar hendak menjaga agar persahabatan dan kasih sayang tidak retak, maka kesilapan itu mestilah dimaafkan. Kita mesti mempunyal sikap bertolak ansur. Jika tidak sabar dengan ragam mereka dan tidak boleh berlebih kurang, sudah pasti berlakulah bermasam muka atau menjauhkan did. Lalu hilanglah kasih sayang yang terjalin sebelumnya.

4) Sangat mementingkan diri sendiri d tidak memikirkan perasaan atau kepentingan orang lain. Melalui pengalaman kita sendiri walaupun kita ingin disayangi orang, kita juga sangat mementingkan diri sendiri. Kita kurang bersimpati dengan kesusahan orang lain dan tidak sibuk untuk memikirkan tentang nasib orang lain.Kita lebih memikirkan nasib diri dan keluarga kita sahaja.Kesusahan orang langsung tidak dipedulikan.Kadang-kadang ada jiran tetangga yang tidak makan,pun tidak dihiraukan.Tiada belas kasihan dan simpati terhadap keperitan yang ditanggung oleh orang lain.Masing-masing memikirkan hal sendiri.Akhirnya tidak tercetuslah kasih sayang di dalam masyarakat.

5) Rasa fanatik terhadap kaum atau kelompok sendiri dan memandang rendah pada puak yang lain. Bilamana manusia mengikutkan rasa melebihkan puak, dengan sendirinya manusia akan memandang rendah pada puak lain. Masing-masing saling berlumba-lumba untuk menaikkan puak sendiri dan sanggup menjatuhkan puak lain. Maka tertutuplah pintu-pintu yang boleh mencetuskan kasih sayang di antara sesama manusia.

RASA KEHAMBAAN RASULULLAH SAW

Seriusnya Rasulullah Dengan Tuhan...

Rasulullah SAW, manusia agung yang sangat serius dengan Tuhannya. Pernah Sayidina Umar bin Khattab r.a. ketika berziarah ke rumah baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar di tubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi SAW.

Rasulullah bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"

"Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja--raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini," jawab Sayidina Umar.

"Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia." Itulah jawapan seorang hamba pilihan Tuhan.

Luluhlah hati Sayidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah SAW itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya.

Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.

TIGA SERANGKAI ILMU YG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

Usuluddin (aqidah)
Feqah (syariat)
Tasawuf (akhlak)

Dalam pengamalannya setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amalinya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada 3 serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lain-lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Berfeqah sahaja atau berusuluddin sahaja atau berakhlak sahaja, tentu akan merosakkan keislaman seseorang. Jadi 3 serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisah-pisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kafir tanpa sedar.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yg menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah foundationnya. Bangunan rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah tersebut tidak dapat ditegakkan sekiranya foundation rumah tersebut tidak ada atau tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu dalam ajaran Islam :

Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam
Syariat dan tasawuf ialah furu’dan cabang-cabangnya.

Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai disisi Allah kalau aqidah atau usuluddin telah rosak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin adalah yang terkandung di dalam rukun iman yang meliputi 6 perkara tersebut.

Maka ilmu usuluddin yg menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yg mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini adalah fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf . Jatuh berdosa besar bagi orang yg tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secar tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.

Ilmu usuluddin yg berkait dengan ALLAH dan sifat-sifatNya kalau tidak dipelajari paling mudah untuk menyebabkan jatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bag setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu lain.

Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut (terjemahannya) :

"Awal-awal agama ialah mengenal Allah."

Oleh itu ilmu usuluddin ini tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yg mantap dan teguh dihati. Tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh syak, zan dan waham atau salah satu darinya maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak ada apa-apa disisi Allah. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yg dipersembahkan pada Allahs ekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula kemuka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya. Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan dari akar tunjangnya yg kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga yg cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak lagi sedap rasanya. Sehingga mejadikan kepingin semua makhluk terutama manusia utk mendekatinya dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah juga bagi mereka yg akidahnya baik tentulah syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum hakam yg lima yakni yg wajib dan sunat dapat ditegakkan, yg haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang, hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat. Alhasil kalau sudah ramai yg aqidahnya tepat dan kuat maka akan lahirlah Negara yg aman dan makmur yg mendapat keampunan Allah.